Sabtu, 10 Mei 2014

Cinta XXL Novel Terbaru Saya!

Assalamualaikum para pembaca blog, saya nak bagitau sesuatu ni. Saya ada buat novel terbaru yang bertajuk 'Cinta XLL'  dengan gandingan hebat penulis cik Syakirah dan saya.

Mesti korang tertanya-tanya. Kenapa tajuk novel ni 'Cinta XLL'?

Jawapannya : Sebenarnya saya ada kawan yang gemuk. Dia suka dengan seorang lelaki. Tapi lelaki ni sombong sangat! Geramnya! Kesian dia. Tapi dia ni tetap tersenyum dan berusaha mendapatkan apa yang dia nak dapatkan. Dari sinilah saya bercadang nak buat jalan cerita macam kehidupan dia ni.

MARI KITA KENAL WATAK-WATAK ~

Watak utama : Saodah ~ Odah
Watak utama : Izwan ~ Wan
Watak kedua : Najwa ~ Naj
Watak ketiga : Huda ~ Uda

WATAK-WATAK TAMBAHAN ~

Nuha -
Pensyarah Athasya -

SIPNOPIS ~

Saodah gadis gemuk hanya mempunyai Nuha rakan rumahnya dan kawan karibnya. Ibu bapa Saodah jauh di kampung. Saodah belajar di kolej yang sama dengan Izwan jejaka sombong tapi kacak dan kaya. Saodah terus menerus menggoda Izwan namun tidak berjaya. 'Masihkah ada peluang untuk cinta?'

~ SAODAH ~

Sering lambat masuk ke kelas. Mempunyai keputusan buruk. Gayanya yang ala-ala gedik sedikit dengan gemuknya membuatkan Izwan rimas.

~ IZWAN ~

Lelaki macho, kaya, tetapi sombong setinggi langit. Namun mempunyai kekasih iaitu Najwa gadis terlebih gedik itu.

~ NAJWA ~

Perasan cantik. Tamak. Mencintai Izwan dan duit Izwan. Tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Saodah.

~ HUDA ~

Baik dengan semua orang. Tapi jahat dengan Saodah kerana dendam semenjak sekolah menengah. Dulu Saodah lebih pandai dari Huda namun sekarang tidak.

Sampai situ sahajalah yeh saya bagitau. Banyak lagi wataknya.. Nanti saya update lagi yeh ? ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan